Hutan Komuniti Kota Damansara.
Sebagai warga Petaling Jaya, saya ingin berkongsi serba-sedikit tentang Bandaraya Petaling Jaya ini. Seperti mana yang kita semua ketahui, majoriti penduduk petaling jaya berpendapatan sederhana. Namun, bukan pendapatan yang ingin saya bincangkan disini.
Perkara yang ingin saya kongsikan ialah tentang tempat-tempat menarik di Petaling Jaya. Tidak ramai yang tahu bahawa Petaling Jaya sebenarnya mempunyai hutan dan bukit yang menarik untuk dilawati. Jadi anda tidak perlu untuk pergi keluar dari Petaling Jaya bagi melakukan aktiviti luar anda. Malah ini menjimatkan.
Kali ini saya akan dedahkan tentang Hutan Komuniti Kota Damansara yang terletak didalam kawasan Seksyen 10, Kota Damansara. Kedudukannya di pinggir Petaling Jaya dan jauh dari kesibukan bandar. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah berkayak (perlu berhubung dengan pihak berwajib), memancing, 'jungle tracking', berbasikal (mountain bike) dan banyak lagi. Laluan denai (track) lebih kurang 2 kilometer ini sesuai dijadikan tempat untuk beriadah.
Selain dari aktiviti-aktiviti diatas, anda juga boleh mempelajari tentang hutan. Di kebanyakkan pokok-pokok di dalam hutan ini telahpun di beri tanda nama (tagging). Usaha dari pihak komuniti kota damansara dengan kerja sama MBPJ berjaya menjadikan hutan ini lebih menarik.
Kebiasaannya penduduk dikawasan ini menjadikan hutan ini sebagai laluan untuk berlari (jogging track). Berikut adalah beberapa gambar untuk tatapan anda semua.
![]() |
| Kawasan tasik yang ada disini |
| Pokok yang telah di tagging |
| Papan tanda |
| Antara denai laluan |
![]() |
| Tempat menarik untuk bergambar |
| Tasik |


No comments:
Post a Comment